Kelab Kompang Setia Sentosa telah menjadualkan waktu latihan sepanjang masa.Segala perubahan jadual akan diberitahu.
Waktu latihan kompang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Pada pukul 8.45 malam hingga pukul 10.30 malam.
Bertempat di Pusat Aktiviti Taman Desa Sentosa, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
Latihan yang dilakukan adalah seperti Teknik Pukulan, Nyanyian dan menyusun aturan lagu dan pukulan.
Thursday, June 25, 2009
Pengenalan Setia Sentosa
Pada awal tahun 2000. sekumpulan remaja dari Taman Desa Sentosa dan Kampung Dusun Tua telah bersatu padu untuk menubuhkan satu pasukan kompang. Dari sokongan pemimpin setempat dan orang kampung, maka tertubuhlah Kompang Taman Desa Sentosa. Kompang ini di pimpin oleh Saudara Mohd Norman Bin Wazir yang ketika itu dilantik sebulat suara untuk menjadi pengerusi bagi pasukan kompang ini. ketika itu ahli yang menyertai kompang ini seramai 25 orang. Selepas 3 tahun, kepimpinan telah bertukar dengan pengunduran Saudara Mohd Norman dan diganti dengan Saudara Suhaizad Bin Subari. Dengan pertukaran ini Saudara Suhaizad telah mengajar dan membimbing ahli cara permainan yang berkesan. Tatkala keadaan semasa yang sentiasa mencabar, Kompang Taman Desa Sentosa sekali lagi bertukar kepimpinan. Awal tahun 2005, Saudara Mohd Hakim Bin Wazir telah dilantik sebulat suara menjadi pengerusi yang ke-3 sepanjang penubuhan Kompang ini. Pengunduran Saudara Suhaizad tidak melemahkan semangat ahli kompang. Perlantikan pengerusi baru ini menyuntik semangat baru untuk kompang. Saudara Mohd Hakim telah melakukan perubahan baru dengan menukarkan nama kompang Taman Desa Sentosa kepada Kelab Kompang Setia Sentosa. Selain itu rombakan ahlijawatankuasa telah dilakukan. Dengan semangat setia ini, aktiviti kompang dapat dilakukan dengan lebih sempurna.
Subscribe to:
Posts (Atom)